...MARRIED!...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 7, 2014

Fly to BEIJING, China ~ now everyone can fly..weeee~


Assalamualaikum..
Hello...

Uiiinnaa..lama sungguh tak update blog ni..macam malas je..macam tak rajin je nak menaip..tahun lepas 2013, takde langsung update apa-apa kat blog nih?? owh?? wakaka..busy kot..busy ler sangat! kalau nk kata busy pn mungkin dr bulan Januari sampai Mei 2013 je sebab sibuk buat praktikum kat sekolah..final sem. Bulan Jun 2013, habis dah belajar tp tak reti-reti nak update blog..kikiki..malas! aku ler tu..:)

Oklah2..aku nak updatelah ni. Haa bacalah korang kalau nak baca. Kalau tak nak bolehlah tekan simbol (x) kat atas nun..carilah sendiri. Masing-masing dah besar, dah pandaikan..hihihi

Kali ni nak update pasal cuti-cuti aku.  Tempat-tempat yang aku dh jejak. Kira nak kongsi2lah pengalaman ni. (sebab ada org request suruh update kat blog ni..konon nk jadikan blog aku rujukan untuk dia berjalan-jalan nanti. Tak tahulah boleh membantu ke tidak..baca je ye Kakak comel..:). Mana yang ingat jelah ye..maklumlah aku ni kadang-kadang gi jalan-jalan tu, gi jalan saje..ambik-ambik gambar pastu tak amik tahu sangat tempat yg gi tu..ekekeke..kadang-kadang lupa..maklumlah banyak pikir..sangat!

Ok terus saja ya ke tajuknya, banyak sudah tu merapek..hehe.
Fly to Beijing..pergi Beijing dari 18 hingga 24 December 2013 (7H5M) ~ musim winter..sejuk bak hang..itu belum turun salji tu. Kalau dah turun mungkin lagi sejuk kot. Selama kat sana cakap keluaq asap je..haa bayangkanlah sejuknya macam mana..gggrrrr macam nak duk dlm bangunan je tak keluar-keluar..huh gatai sgt nk pi musim sejukkan..hammmiikk kau!

Aku pergi ambil pakej ground arrangement. Tiket flight beli sendiri.

*Harga tiket flight dr KL ke Beijng total kurang lebih = RM1000 (termasuk makan pergi balik - nasi lemak, bagasi pergi-20kg balik-30kg, insurans) beli masa promo ok. Ada yang dapat lg murah dr tu. Korang kena rajinlah tengok website everyone can fly tu..

*Harga ground arrangement yg aku dapat semasa dekat Beijing tu total RM535 (transport+makan minum+tiket masuk mana-mana tempat yg ada dlm itinerary+visa :RM110+tipping:RM25).

*Musim masa ke sana, musim sejuk ok. Jadi korang yg bercadang nak pergi masa musim sejuk tu kenalah sediakan apa yang patut secukupnya ya untuk merasai angin sejuk yang blluurrrr sejuk sgt. So untuk preparation musim sejuk kenalah belanja lebih sikit. Baju sejuk kat Malaysia ni mahal kot! bagi aku yg golongan sederhana ni. Jadi ready ye dgn wangnya..aku pakai je balik baju sejuk aku masa pergi Korea dulu. Tmbah pn beli yang bundle punya. Hahaha..budget!

Ok habis cerita pasal harga kesana..kira-kira semua RM1500++ lah..tak termasuk duit nak shopping. Murah ke mahal ke belakang kira. Janji masih dalam budget percutian aku. Hehehe.

Macam dah panjang je entry ni..tak masuk gambar lagi ni..nantilah next entry pula sambung cerita pergi melawat mana masa kat sana. Panjang-panjang entry ni kang bosan pulak nak baca. Macam ada yang nak baca je. Perasan! bluueerrkk!

K,bye~~~

:: Nak jugak tempek gambar..suram je tengok entry ni tanpa gambar..ni haa aku punya persediaan..itu untuk aku dan suami..banyak lg sebenarnya..tak rajin nk snap gambar.. ::

:: Naa..tuu everyone can fly..Airasia X ::

:: Just arrived at Beijing International Airport Terminal 2. Sana ada 3 Terminal airport ye untuk makluman. Muka excited ke ngantuk ke tak tahu nak kata. Hehe. sampai sana jam 1.30pagi. Cuba tengok beg tu, pergi ada 4 je beg..balik tambah lg 2..hohoho..owhh yg 2 org gadis comel tu kakak dan adik ipar aku :) ::

Eh??!! Ok, bye~~


No comments:

Post a Comment