...MARRIED!...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 9, 2014

Fly to BEIJING, China ~ now everyone can fly..weeee ~ sambung lagi!


Wooowwweeeee~
Hehe..baiklah sambung lagi pasal jalan-jalan ke Beijing. Letak gambar jelah..malas pula nak taip panjang-pangjang..layan je gambar tu..adalah nanti kalau rajin aku letak sikit caption gmbar tu..kikiki..kalau rajin ok! Masukkan gambar tempat-tempat yang menarik je. Kalau tak menarik, malas nak letak.


 :: Ni gambar kat Dataran Tianmen. Tempat ni tempat wajiblah korang datang kalau ke Beijing ni. Tapi sayang, masa kita orang datang tempat ni ditutup sebab ada persidangan apa ntah tak ingat..kalau tak boleh je masuk dataran tu ambik gambar..takpelah ambik gambar dari jauh jelah..kalau nampak aku tutup hidung dengan mulut tu maknanya sejuk sangatlah tu..ko ingat aku saja-saja nak tutup hidung dengan mulut tu? tolonglah susah nak bernafas kot tapi terpaksa tutup untuk tahan sejuk..huhuhuuu..:





:: Sejuk! sebab sini angin kuat..tempat kawasan lapang..tiba-tiba air keluar je dari hidung..dan-dan selsema kat sini ::

 :: haa..ni nak masuk Forbidden City. Tempat wajib jugak ni..sila google sendiri ye kalau nak tahu sejarah tempat ni..nampak tak ada tiga pintu masuk tu? setiap pintu tu ada orang-orang tertentu je boleh masuk situ, ikut pangkat..naaa nak tahu lebih lanjut, silalah google sendiri..kihkihkih ::






:: Besar Forbidden City ni. Lama gaklah duduk jalan dalam tu dari pintu ke pintu..ni gambar ni dah nak dekat-dekat keluar kot.. idok ler teman nak masukkan semua gambar masa dalam tu..banyak kot..hehe ::


Post untuk yang ini, ini jelh..hehe
K, bye~~


Tuesday, January 7, 2014

Fly to BEIJING, China ~ now everyone can fly..weeee ~ sambungan!


Weeeee~~ :)
Ok, entry seterusnya tentang jalan-jalan hirup udara sejuk nun kat Beijing tu..yang ni aku nak letak gambar je lah..nak tahu sejarah tempat-tempat tu, bolehlah google sendiri ye..masing-masing dah besarkan, dah pandai cari maklumat sendirikan..ekekeke..


:: Depan hotel kami menginap untuk 5 malam - katanya 4 star..katanya lah..tp kata aku mcm..errmmm tak tahulah nak kata..huhu..sila berwaspada dgn tipu helah orang-orang hotel di sana sebab ada cara untuk mereka minta extra bayaran dari kita dgn mencari kesalahan kita semasa menginap di situ walaupun kita tak lakukan perkara itu. Bercakap dari pengalaman group yang sekali ke sana. Pastikan anda bila masuk sahaja, cek semua peralatan, tingkap dan sebagainya yang ada dalam bilik tu. Jangan ambil barang-barang dalam bilik tu, kalau boleh tuala pun jgn guna atau kotorkan nanti kena bayar, cadar pun jangan kotorkan. Nak lagi hebat ambil gmbar masa masuk dan hari last nak keluar dri bilik tu untuk langkah keselamatan. Mungkin tak semua hotel tapi eloklah ambil langkah berjaga-jaga..tapi kalau korang memang salah, silalah bayar.ekekeke ::

:: Ni restoran Islam kat sana. Kalau tanda kedai warna hijau macam tu maknanya restoran Islam~halal. Lunch kat sini. Breakfast kami kebanyakan dihantar ke bilik hotel. Jadi breakfast di bilik sahaja. ::


:: Muka lepas makan..hehe ::


:: Masjid yang pertama kami singgah masa kat sana. Selesaikan solat Zuhur dan Asar. Apa nama masjid ni tak ingatlah. Tengok-tengok, kan aku dah kata aku lupa..haha sorry ye..::

 :: Ni depan pintu gerbang Summer Palace (sila google sendiri ye kalau nak tahu pasal tempat ni..hihi). Tempat ni besar kot. Aku jalan dekat-dekat situ je sbb nak jalan jauh-jauh dengan cuaca sejuk tu tak mampu mak aaihh..sejuk betul. Korang tengok je macam panas, tapi matahari yang terpacak tu x membantu untuk menghangatkan badan aku masa kat sana. Badan org lain aku tak tahulah..hoho.. start dari gambar ni sampai ke bawah tu yang gambar tasik jadi ais tu, kat Summer Palace lah tu. Silalah jamu mata anda. Heee ::






:: Ok ini tasik sudah mula membeku..ada jugak niat nak pijak air beku tu tp bila pikir balik kang tak pasal-pasal je retak ais tu mcm mana?? berat aku bukan ringan. so tak payahlah cari pasal..tp ada je org jalan-jalan atas ais tu..::


:: Aktiviti malam hari. Sampai hotel lepas mkn malam, lebih kurang jam 7 lebih. Malam kat sana awal ye..Jam 5 petang dah mula gelap..malam lebih pnjang dari siang. Sebabkan rasa masih awal lagi nak balik bilik, jadi kami decide nak jalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Saje nak tengok-tengok kot-kot ada barang yang menarik ke..ekekeke..tp..disebabkan cuaca sejuk ya amat, kami jalan kejap je..tak tahan woo..air hidung dah meleleh je..huhuhu..balik hotellah ape lagi..tengok gambar atas tu, siapa yang jalan depan sekali tu? macam tahu jalan jek..agak poyo disitu. Padahal main jalan ikut suka je. Hahaha ::

Eh??!! Nantilah sambung lagi.
Ok, bye~~


Fly to BEIJING, China ~ now everyone can fly..weeee~


Assalamualaikum..
Hello...

Uiiinnaa..lama sungguh tak update blog ni..macam malas je..macam tak rajin je nak menaip..tahun lepas 2013, takde langsung update apa-apa kat blog nih?? owh?? wakaka..busy kot..busy ler sangat! kalau nk kata busy pn mungkin dr bulan Januari sampai Mei 2013 je sebab sibuk buat praktikum kat sekolah..final sem. Bulan Jun 2013, habis dah belajar tp tak reti-reti nak update blog..kikiki..malas! aku ler tu..:)

Oklah2..aku nak updatelah ni. Haa bacalah korang kalau nak baca. Kalau tak nak bolehlah tekan simbol (x) kat atas nun..carilah sendiri. Masing-masing dah besar, dah pandaikan..hihihi

Kali ni nak update pasal cuti-cuti aku.  Tempat-tempat yang aku dh jejak. Kira nak kongsi2lah pengalaman ni. (sebab ada org request suruh update kat blog ni..konon nk jadikan blog aku rujukan untuk dia berjalan-jalan nanti. Tak tahulah boleh membantu ke tidak..baca je ye Kakak comel..:). Mana yang ingat jelah ye..maklumlah aku ni kadang-kadang gi jalan-jalan tu, gi jalan saje..ambik-ambik gambar pastu tak amik tahu sangat tempat yg gi tu..ekekeke..kadang-kadang lupa..maklumlah banyak pikir..sangat!

Ok terus saja ya ke tajuknya, banyak sudah tu merapek..hehe.
Fly to Beijing..pergi Beijing dari 18 hingga 24 December 2013 (7H5M) ~ musim winter..sejuk bak hang..itu belum turun salji tu. Kalau dah turun mungkin lagi sejuk kot. Selama kat sana cakap keluaq asap je..haa bayangkanlah sejuknya macam mana..gggrrrr macam nak duk dlm bangunan je tak keluar-keluar..huh gatai sgt nk pi musim sejukkan..hammmiikk kau!

Aku pergi ambil pakej ground arrangement. Tiket flight beli sendiri.

*Harga tiket flight dr KL ke Beijng total kurang lebih = RM1000 (termasuk makan pergi balik - nasi lemak, bagasi pergi-20kg balik-30kg, insurans) beli masa promo ok. Ada yang dapat lg murah dr tu. Korang kena rajinlah tengok website everyone can fly tu..

*Harga ground arrangement yg aku dapat semasa dekat Beijing tu total RM535 (transport+makan minum+tiket masuk mana-mana tempat yg ada dlm itinerary+visa :RM110+tipping:RM25).

*Musim masa ke sana, musim sejuk ok. Jadi korang yg bercadang nak pergi masa musim sejuk tu kenalah sediakan apa yang patut secukupnya ya untuk merasai angin sejuk yang blluurrrr sejuk sgt. So untuk preparation musim sejuk kenalah belanja lebih sikit. Baju sejuk kat Malaysia ni mahal kot! bagi aku yg golongan sederhana ni. Jadi ready ye dgn wangnya..aku pakai je balik baju sejuk aku masa pergi Korea dulu. Tmbah pn beli yang bundle punya. Hahaha..budget!

Ok habis cerita pasal harga kesana..kira-kira semua RM1500++ lah..tak termasuk duit nak shopping. Murah ke mahal ke belakang kira. Janji masih dalam budget percutian aku. Hehehe.

Macam dah panjang je entry ni..tak masuk gambar lagi ni..nantilah next entry pula sambung cerita pergi melawat mana masa kat sana. Panjang-panjang entry ni kang bosan pulak nak baca. Macam ada yang nak baca je. Perasan! bluueerrkk!

K,bye~~~

:: Nak jugak tempek gambar..suram je tengok entry ni tanpa gambar..ni haa aku punya persediaan..itu untuk aku dan suami..banyak lg sebenarnya..tak rajin nk snap gambar.. ::

:: Naa..tuu everyone can fly..Airasia X ::

:: Just arrived at Beijing International Airport Terminal 2. Sana ada 3 Terminal airport ye untuk makluman. Muka excited ke ngantuk ke tak tahu nak kata. Hehe. sampai sana jam 1.30pagi. Cuba tengok beg tu, pergi ada 4 je beg..balik tambah lg 2..hohoho..owhh yg 2 org gadis comel tu kakak dan adik ipar aku :) ::

Eh??!! Ok, bye~~


Wednesday, December 12, 2012

Kepuasan dirasa..


Salam..

Cak! Cakcibor!.. hehe seronok pulak guna perkataan tu..ni terpengaruh ngn novel yg aku bru habis bca..'I Love You, Stupid!

Baiklh ye..aku sje je nk bt post hari ni konon2 nk aktif baliklh kn..kononlh..nnti dh msuk blaja balik mmng xlh nk aktifkn..lg2 sem dpn ni aku praktikum..mmng bzlh ngn nk bt alat bantu mengajar lg..ngn RPH lg..haha sorylh ye blog..

Ok 2balik pd tajuk kt atas tu..'kepuasan dirasa'..haa..apakah?? hehe sje je..xdelh.. aku nk ckp aku rasa puas dpt jalankn tanggungjawab sebagai seorng isteri..wooo sila jgn fikir lain ar..please ye..

Selama sebuln lebih aku cuti ni bolehlh jlnkn tanggungjwb tu..sian kt hubby aku..selama aku pergi belajar nun jauh di perantauan tu (kononlh perantauankn..padahal sabah je pn..hehe) jauh jgak tu kna naik flight tau..haha..selama aku belajar, dia yg buat semua kerja mcm basuh baju sendiri, gosok baju sendiri..cuma mkn je mak aku masakkn..nasib baik duk ngn mak mertua..sian jgak kt mak aku terpaksa menyusahkn mak..terima kasih mak..kadang2 hubby aku tak nak menyusahkn mak mertua dia, jd dia beli je kt luar..thanks hubby sbb sgt memahami..

Berbalik kepada kepuasan aku tu..selama cuti ni lehlh dikatakn selalu jgak aku masak..hahaha..(kadang2 ada jgak sikap malas nk masak tu..beli luar je..hehe..) aku rasa seronok dpt tengok suami aku makan masakan aku..hohoho aku rasa puas..walaupun aku masak taklah sedap mana pun tp janji kena ngn tekak hubby aku dh ok dah..nasib hubby aku ni x cerewet sgt..dia tak request pun masakan yang susah2..masak ikan bilis ngn kentang buat sambal pn dh ok dh..ngn lg 1 lauk favourite dia yg aku tak reti nak buat lg iaitu daging goreng garing masak sambal..aku lemah ngn daging2 ni..lg2 bab potong daging..takut betul aku nk potong daging tu takut salah uratlh apelh..haha bnyak alasan aku kn..tak pe aku akan cuba jgak masak lauk tu nnti..tu bab masak..lain2 urusan umah pn aku dpt buat utk hubby aku..laksanakn tanggungjwb..waktu hubby aku kna tahan wad hari tu pn nasib aku ada boleh jaga hubhy aku..kalau aku kt sabah masa tu mahu tak senang hati aku..memang risau gila lh..aku kt sini ngn hubby aku pn aku dh risau sgt2 tengok keadaan dia tu.. Alhamdulillah hubby aku dh sihat sekarang..now risau mak aku plak tak berapa sihat..aku berdoa semoga mak aku cepat sembuh..

Oklah..sampai sini jelh..hubby aku ajak teman dia tengok bola pulak..Filipin lwn Singapura..kita tengok siapa yg akan mara ke final..oklh daaaa...

p/s: xde gambarlh der..sorylh ye..;)








Sunday, December 9, 2012

Birthday celebration!

Salam alls..

Cak! cakcibor!! hehe..

Lamanya tak bt entry kt blog ni..nk bt mcm mne hidup sbg student semula x begitu mengizinkn utk aktif sgt ngn blog ni..ni pn tengah cuti semester..cuti sekolah je ak cutilh..lehlh nk bt entry skit2..hehe skit2 ke? nth2 ni 1 je entry ak bt cuti ni haha..oklh..entry ni nk cerita tentang birthday celebration! yes happy birthday to me! (ulang 3× ye) hehe..hoho bkn birthday akulah..birthday kak ipar akulah..yg ke 29thn..sebaya abg akulah..to kak fazlina, happy birthday..smoga pnjng umur murah rezeki, hepi slalu..jga baby dlm perut tu baik2 ye..yeah2 nex year dpt ank buah lg..:) oklh tak tahu nk tulis ape dh..tunggulh entry lain plak ye..kalo aku rajinlh..haha..baeklh aku nk tempek 1 gambar spnjng sambutan td..sambutan kecik2 je..hikhik..

p/s: ish! x leh plak nk upload gmbr..geram betul! xpelh..esok2lh aku upload..tu pn kalau boleh..;p


Tuesday, May 1, 2012

I'm Back! weehhooo!!..

Salam semua.. Lama sgt dh x merapek dlm blog nih..bz sgt lorr dgn assignment yg bertimbun2..ni pn bru lepas hntr semua assingmnt ada sikit masa nk curi2 tulis dlm blog ni..ooppss! lupalh plak..x bgthu pn yg sy ni dh jd student semula..tu sbblh sibuk dgn assgmnt..ni pn nk merapek sikit je..

Just nk bgthu tarikh hari ni tarikh sy bersanding tahun lepas..Bersanding 1 Mei 2011..Nikah 30 Apil 2011..smlm 1st Anniversary sy dgn my lovely husband..miss him so much!..Anniversary pertama ni tpaksa celebrate berjauhan sbb sy jauh di perantauan..sedih sgt rse tp nk bt mcm mna demi mengejar cita2..huhu..obersea tau..sabah bah..hehe.. Genap setahun usia perkahwinan sy dgn hubby sy Muhammad Nazmi Ghazali..Nk bt ucapan ni utk suamiku..Hepi 1st Anniversary abg! I love you forever..bersyukur dgn kehadiranmu dlm hidupku..hidupku bahagia bersamamu..thanks sbb jaga syg dgn baik dan bnyk bersabar dengan karenah isterimu ini..syg berdoa agar perkahwinan kita dilindungi oleh Allah s.w.t dan kekal bahagia hingga ke syurga..dan..dikurniakan dgn anak2 yg soleh dn solehah..Love you and Miss you so much! :)

Yg baca post ni jgn rsa nk muntah eh sbb sy dh ckp dh nk bt wish utk hubby sy kn..sapa sruh kamu baca..hehehe.. oklh nnti ada masa sy merapek lg ye..daa..

Salam..

Ni nk tempek 1 gmbr..
ni gmbr sy semasa telah sah bergelar isteri..batal air sembahyang..:)

Wednesday, November 23, 2011

Pertunangan Ikmal & Fazlina..abg aku daa...

Salam semua..Hello world! Kali ini aku nk post gambar lain plak..ni gambar abg aku bertunang..abg kandung ku yg bernama seperti di atas tu kt tajuk tu haaa..hehehe

Gambar2 ni aku main snap ikut sedap rasa aku je..kalau rasa cantik tu secara kebetulan je..aku suka amik gambar main tekan2 je kamera aku tu..setiap kali aku masukkan gambar dalam blog ni, tulh hasilnya..tp gmbar2 tu semua aku akan edit dulu...ikut kerajinanlh..hahaha.. ok2 dah jom tengok gambar tunang abgku ni..muka lebih kurang sama je ngn abg aku ni..mata sepet mcm kte org adik beradik..tp yg penting ketinggian bakal kakak ipar aku ni sama je je ngn ketinggian aku..hahaha..abg aku xleh jadikan ketinggian aku sebagai bahan gurauan dia lg sbb tunang dia pn sama je tinggi ngn aku..kihkihkihkih..(gelak jahat) jgn marah ye kak faz..gurau aje..:)

Tempat kejadian: Bukit Cina, Melaka
Masa kejadian : Bertolak dr KL-Melaka (930am) tiba (130pm)
Tarikh kejadian : 12 November 2011 - 13 November 2011


Ini dia tunang abg ku..Namanya Siti Fazlina Bt Mohd Raffi (brtulkah?) kalau salah mintak maaf ye kak faz..hehe :)



Tu baju merah tu ibu ku..tp cincinnya lagi jelas kelihatan dr cincin yg disarungkan..apa2 pn my mom terbaiklh! hihihi

Yg ni plak kakak aku yg asyik gmbr dia ngn anak2 dia je..pas dia, dia..pas dia, dia..ish3..layankn aje..hehe

Haa tu dia..yg berbaju putih tulh abg aku..kacak x? hensem x? muahahaha..kacak n hensemkn..tngoklh abg sape..hahaha..pasni lehlh belanje adik ye sbb dh puji berbakul2 ni..hihihi
* pls lh kang kembang jek mamat tu..hihihi..

Ni plak aku nk gak tempek gambar aku kt sini..gmbr ngn chenta hatiku..ye3..aku tahu korang yg kenal aku mesti nk ckp aku dh nmpk gemukkn..tp ade aku kesah?? memang aku kesah pn..huhuhu..skrg dlm proses penurunan semula..usaha tangga kejayaan! yeah!..hehe. Tp dlm gmbr ni baju aku ni yg besar..hehe x nak ngaku jgak tu bdn dh naik..hahaha

* Lepas selesai je majlis, kami terus bergerak ke homestay yg telah di booking..duduk rehat mandi2 semua solat, lepas tu mlm kte org gerak g mkn kt umbai pulak..mkn smpai x ingt diri tu ngah diet..tp ade aku kesah?? bkn selalu dpt dtg mkn kt umbai ni..* tp lg sekali sbnrnye aku kesah jgaklh..tp argghh lupekn bt sementara waktu..huhuhu

Lepas isi perut dengan mcm2 makanan laut, kami rombongan cik kiah ni pn gerak g naik kapal/ boat yg pusing Bandaraya Melaka tu..x ingatlh apa nama dia..tiket nk naik seorang RM10..ok layan je..amik masa dalam 30minit jgaklh dlm boat tu..

Ok ni aku tempek lg gmbr aktiviti mlm..sorylh gmbr mlm x bnyk sgt sbb kamera x berape reti lg nk set utk mlm..kalau guna auto akn kuar flash, abis sume muka model2 aku nnti berminyak..x suka sgt guna flash..huhu..jd tngok jelh pic ape yg jd je ye..kalo ade yg bergoyang tu harap di maafkan ye..

Sweet couple..tp sorylh kak shidaz, gmbr gegar skit..nebes nk amik gmbr kamo berdua ni..hikhikhik..

Ni dia rombongon cik kiah nye..x semua ada ni..ada yg dh balik..mereka x stay bersama..gmbr den jgak yg xde..huhu

Tu jelh kot nk cite pasal majlis pertunangan abg aku ni..kami bermlm 1 mlm je..esoknye balik..sampai umah masing2 pengsan tdo..penat kot..hehehe..

Apa2 pn hepi sgt sbb dh lama x jalan ramai2 mcm gini..kalo ade yg lain mesti lg meriah..Pada semua yg terlibat, terima kasih d ucapkn..weee ;)