...MARRIED!...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 9, 2014

Fly to BEIJING, China ~ now everyone can fly..weeee ~ sambung lagi!


Wooowwweeeee~
Hehe..baiklah sambung lagi pasal jalan-jalan ke Beijing. Letak gambar jelah..malas pula nak taip panjang-pangjang..layan je gambar tu..adalah nanti kalau rajin aku letak sikit caption gmbar tu..kikiki..kalau rajin ok! Masukkan gambar tempat-tempat yang menarik je. Kalau tak menarik, malas nak letak.


 :: Ni gambar kat Dataran Tianmen. Tempat ni tempat wajiblah korang datang kalau ke Beijing ni. Tapi sayang, masa kita orang datang tempat ni ditutup sebab ada persidangan apa ntah tak ingat..kalau tak boleh je masuk dataran tu ambik gambar..takpelah ambik gambar dari jauh jelah..kalau nampak aku tutup hidung dengan mulut tu maknanya sejuk sangatlah tu..ko ingat aku saja-saja nak tutup hidung dengan mulut tu? tolonglah susah nak bernafas kot tapi terpaksa tutup untuk tahan sejuk..huhuhuuu..:





:: Sejuk! sebab sini angin kuat..tempat kawasan lapang..tiba-tiba air keluar je dari hidung..dan-dan selsema kat sini ::

 :: haa..ni nak masuk Forbidden City. Tempat wajib jugak ni..sila google sendiri ye kalau nak tahu sejarah tempat ni..nampak tak ada tiga pintu masuk tu? setiap pintu tu ada orang-orang tertentu je boleh masuk situ, ikut pangkat..naaa nak tahu lebih lanjut, silalah google sendiri..kihkihkih ::






:: Besar Forbidden City ni. Lama gaklah duduk jalan dalam tu dari pintu ke pintu..ni gambar ni dah nak dekat-dekat keluar kot.. idok ler teman nak masukkan semua gambar masa dalam tu..banyak kot..hehe ::


Post untuk yang ini, ini jelh..hehe
K, bye~~


Tuesday, January 7, 2014

Fly to BEIJING, China ~ now everyone can fly..weeee ~ sambungan!


Weeeee~~ :)
Ok, entry seterusnya tentang jalan-jalan hirup udara sejuk nun kat Beijing tu..yang ni aku nak letak gambar je lah..nak tahu sejarah tempat-tempat tu, bolehlah google sendiri ye..masing-masing dah besarkan, dah pandai cari maklumat sendirikan..ekekeke..


:: Depan hotel kami menginap untuk 5 malam - katanya 4 star..katanya lah..tp kata aku mcm..errmmm tak tahulah nak kata..huhu..sila berwaspada dgn tipu helah orang-orang hotel di sana sebab ada cara untuk mereka minta extra bayaran dari kita dgn mencari kesalahan kita semasa menginap di situ walaupun kita tak lakukan perkara itu. Bercakap dari pengalaman group yang sekali ke sana. Pastikan anda bila masuk sahaja, cek semua peralatan, tingkap dan sebagainya yang ada dalam bilik tu. Jangan ambil barang-barang dalam bilik tu, kalau boleh tuala pun jgn guna atau kotorkan nanti kena bayar, cadar pun jangan kotorkan. Nak lagi hebat ambil gmbar masa masuk dan hari last nak keluar dri bilik tu untuk langkah keselamatan. Mungkin tak semua hotel tapi eloklah ambil langkah berjaga-jaga..tapi kalau korang memang salah, silalah bayar.ekekeke ::

:: Ni restoran Islam kat sana. Kalau tanda kedai warna hijau macam tu maknanya restoran Islam~halal. Lunch kat sini. Breakfast kami kebanyakan dihantar ke bilik hotel. Jadi breakfast di bilik sahaja. ::


:: Muka lepas makan..hehe ::


:: Masjid yang pertama kami singgah masa kat sana. Selesaikan solat Zuhur dan Asar. Apa nama masjid ni tak ingatlah. Tengok-tengok, kan aku dah kata aku lupa..haha sorry ye..::

 :: Ni depan pintu gerbang Summer Palace (sila google sendiri ye kalau nak tahu pasal tempat ni..hihi). Tempat ni besar kot. Aku jalan dekat-dekat situ je sbb nak jalan jauh-jauh dengan cuaca sejuk tu tak mampu mak aaihh..sejuk betul. Korang tengok je macam panas, tapi matahari yang terpacak tu x membantu untuk menghangatkan badan aku masa kat sana. Badan org lain aku tak tahulah..hoho.. start dari gambar ni sampai ke bawah tu yang gambar tasik jadi ais tu, kat Summer Palace lah tu. Silalah jamu mata anda. Heee ::






:: Ok ini tasik sudah mula membeku..ada jugak niat nak pijak air beku tu tp bila pikir balik kang tak pasal-pasal je retak ais tu mcm mana?? berat aku bukan ringan. so tak payahlah cari pasal..tp ada je org jalan-jalan atas ais tu..::


:: Aktiviti malam hari. Sampai hotel lepas mkn malam, lebih kurang jam 7 lebih. Malam kat sana awal ye..Jam 5 petang dah mula gelap..malam lebih pnjang dari siang. Sebabkan rasa masih awal lagi nak balik bilik, jadi kami decide nak jalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Saje nak tengok-tengok kot-kot ada barang yang menarik ke..ekekeke..tp..disebabkan cuaca sejuk ya amat, kami jalan kejap je..tak tahan woo..air hidung dah meleleh je..huhuhu..balik hotellah ape lagi..tengok gambar atas tu, siapa yang jalan depan sekali tu? macam tahu jalan jek..agak poyo disitu. Padahal main jalan ikut suka je. Hahaha ::

Eh??!! Nantilah sambung lagi.
Ok, bye~~


Fly to BEIJING, China ~ now everyone can fly..weeee~


Assalamualaikum..
Hello...

Uiiinnaa..lama sungguh tak update blog ni..macam malas je..macam tak rajin je nak menaip..tahun lepas 2013, takde langsung update apa-apa kat blog nih?? owh?? wakaka..busy kot..busy ler sangat! kalau nk kata busy pn mungkin dr bulan Januari sampai Mei 2013 je sebab sibuk buat praktikum kat sekolah..final sem. Bulan Jun 2013, habis dah belajar tp tak reti-reti nak update blog..kikiki..malas! aku ler tu..:)

Oklah2..aku nak updatelah ni. Haa bacalah korang kalau nak baca. Kalau tak nak bolehlah tekan simbol (x) kat atas nun..carilah sendiri. Masing-masing dah besar, dah pandaikan..hihihi

Kali ni nak update pasal cuti-cuti aku.  Tempat-tempat yang aku dh jejak. Kira nak kongsi2lah pengalaman ni. (sebab ada org request suruh update kat blog ni..konon nk jadikan blog aku rujukan untuk dia berjalan-jalan nanti. Tak tahulah boleh membantu ke tidak..baca je ye Kakak comel..:). Mana yang ingat jelah ye..maklumlah aku ni kadang-kadang gi jalan-jalan tu, gi jalan saje..ambik-ambik gambar pastu tak amik tahu sangat tempat yg gi tu..ekekeke..kadang-kadang lupa..maklumlah banyak pikir..sangat!

Ok terus saja ya ke tajuknya, banyak sudah tu merapek..hehe.
Fly to Beijing..pergi Beijing dari 18 hingga 24 December 2013 (7H5M) ~ musim winter..sejuk bak hang..itu belum turun salji tu. Kalau dah turun mungkin lagi sejuk kot. Selama kat sana cakap keluaq asap je..haa bayangkanlah sejuknya macam mana..gggrrrr macam nak duk dlm bangunan je tak keluar-keluar..huh gatai sgt nk pi musim sejukkan..hammmiikk kau!

Aku pergi ambil pakej ground arrangement. Tiket flight beli sendiri.

*Harga tiket flight dr KL ke Beijng total kurang lebih = RM1000 (termasuk makan pergi balik - nasi lemak, bagasi pergi-20kg balik-30kg, insurans) beli masa promo ok. Ada yang dapat lg murah dr tu. Korang kena rajinlah tengok website everyone can fly tu..

*Harga ground arrangement yg aku dapat semasa dekat Beijing tu total RM535 (transport+makan minum+tiket masuk mana-mana tempat yg ada dlm itinerary+visa :RM110+tipping:RM25).

*Musim masa ke sana, musim sejuk ok. Jadi korang yg bercadang nak pergi masa musim sejuk tu kenalah sediakan apa yang patut secukupnya ya untuk merasai angin sejuk yang blluurrrr sejuk sgt. So untuk preparation musim sejuk kenalah belanja lebih sikit. Baju sejuk kat Malaysia ni mahal kot! bagi aku yg golongan sederhana ni. Jadi ready ye dgn wangnya..aku pakai je balik baju sejuk aku masa pergi Korea dulu. Tmbah pn beli yang bundle punya. Hahaha..budget!

Ok habis cerita pasal harga kesana..kira-kira semua RM1500++ lah..tak termasuk duit nak shopping. Murah ke mahal ke belakang kira. Janji masih dalam budget percutian aku. Hehehe.

Macam dah panjang je entry ni..tak masuk gambar lagi ni..nantilah next entry pula sambung cerita pergi melawat mana masa kat sana. Panjang-panjang entry ni kang bosan pulak nak baca. Macam ada yang nak baca je. Perasan! bluueerrkk!

K,bye~~~

:: Nak jugak tempek gambar..suram je tengok entry ni tanpa gambar..ni haa aku punya persediaan..itu untuk aku dan suami..banyak lg sebenarnya..tak rajin nk snap gambar.. ::

:: Naa..tuu everyone can fly..Airasia X ::

:: Just arrived at Beijing International Airport Terminal 2. Sana ada 3 Terminal airport ye untuk makluman. Muka excited ke ngantuk ke tak tahu nak kata. Hehe. sampai sana jam 1.30pagi. Cuba tengok beg tu, pergi ada 4 je beg..balik tambah lg 2..hohoho..owhh yg 2 org gadis comel tu kakak dan adik ipar aku :) ::

Eh??!! Ok, bye~~